Lagu Untukmu
Sunday April 20th 2008, 9:09 pm
Filed under: Music

Salam.

2 minggu lepas rasanya, ketika aku terlihatnya di sebuah Kedai pakaian, si ramping-solid itu, entah berapa ukuran badannya, dan tidak kutanya namanya. Yang aku tahu, dia pasti mampu memenuhi kehendakku yang membuak-buak sejak meninggalkan rumah sewa lamaku. Aku terus membayangkan bila dia menemaniku ketika sunyi, ketika kesepian, ketika bosan, ketika tiada elektrik, ketika menanti rancangan Spongebob; sambil menatap ‘Buku Latihan’ peninggalan Kaku (Kakak kau, Awek Aku), sambil melayan software GP5, sambil mendengar mp3…

Tapi, bagaimana aku mahu mendapatkannya? Mahukah dia bersamaku yang cuma bermotor cabuk ini?! Bernasib baik, minggu lalu (13 April 2008) An datang dengan kereta Atoz miliknya. “Hohoho, mungkin begini aku boleh…”, ligat fikiranku. Selepas kami makan tengahari, aku mengajak An pergi ke kedai pakaian tersebut. Harap si ramping-solid itu masih ada. Ya, masih ada! Hati terus berbunga, tapi penilaian ku mulai tergugat. Di sisinya ada… bukan… bukan teman lelakinya. Di sisinya ada yang lebih cantik pada pandanganku. owh… yang mana patut ku pilih. Mungkin kerampingan mereka nampak sama, tapi saudaranya lebih slim. Dikenakan dengan warna merah… sungguh menarik. “mungkin begini bisa aja membuat Amirul cemburu…”, pikirku.

Nekad, aku pilih si ramping-solid yang lebih solid; dengan kemasan berwarna merah. RM139. kerna tidak cukup wang, RM50 kupinjam daripada An.

19 April 2008; Panas betul petang sabtu ni. baguslah,aku tengah membasuh ni. Tadi lepas makan, pergi kedai untuk membeli beg, untuk si ramping, body solid molid- Sakura. Tapi malangnya, beg yang ada dikedai itu, tidak sesuai untuk Sakura. Dia terlalu tinggi untuk beg itu. Hm, bukan rezeki dia lah. nampaknya terpaksalah dia terus tidur dalam almariku. Hehehe.

——————-

“Pick Of Destiny”… ialah sebuah tajuk filem lama yang dilakonkan oleh Jack Black. 1 lagi filem mengenai muzik, yang kita tahu beliau terkenal dengan filem “School Of Rock” yang penuh inspirasi itu. Berbeza dengan “School

Of

Rock

“, “Pick Of Destiny” lebih kepada fiksyen muzikal, mengenai seorang mamat yang sangat meminati muzik rock dan berbakat mencipta lirik. Suatu hari merantau, menemui Kyle Gass yang sangat hebat bermain gitar. Sampai ke pengetahuan mereka, terdapat 1 pemetik gitar (pick) yang digelar “Pick of Destiny” yang mampu memukau pendengarnya dengan lagu yang dimainkannya.

Kluang, 17 April 2008, Khamis. Setelah pulang dari kerja, lebih kurang 1835 petang, kami jamming di sebelah Hotel Prime City, di sini. bagiku ini pengalaman pertamaku, setelah bermain gitar sejak… lebih serius ketika tingkatan 3; tahun 1997. aku diberi tugas bermain bass yang tak pernah kumainkan. tapi kerna kordnya sama sebagaimana gitar memainkan power chord, maka bisa aja. Ari bermain gitar dengan gitar Ibanez yang dibawanya sendiri, Panjang bermain deram, serta 3 penyanyi/latar iaitu Lee, Su dan Fzan. Kerana tali gitar bass yang besar, aku perlukan pemetik (pick), walau aku lebih selesa bermain dengan jari/kuku sahaja. Aku meminta pick daripada Ari, yang ku tahu ada di selit dibelakang gitar Ibaneznya itu. Entah dari mana diambil, dia menghulurkan pick besar, 3 segi berwarna merah “pick bass”, katanya. Owh… ini rupanya pick bass.

Di kampungku, ada 2 buah gitar, Fair Lady dan 1 lagi entah apa brandnya, yang pasti bukan Kapok atau Sakura. Tidak pernah ada pick tertentu, tetapi pick kegemaranku adalah batang colek coklat yang didapati apabila membeli makanan ringan. Sebab itulah aku biasa dan selesa menggunakan jari/kuku sahaja.Ada

1 pick gitar berwarna ungu, yang akhirnya telah patah. tapi ada 1 pick besar, 3 segi, berwarna warni dan agak baik kualitinya, kerna sampai sekarang masih elok. Aku selalu membawanya dalam walletku. Kini baru ku tahu, ia adalah pick untuk gitar bass. Adakah aku ditakdirkan untuk bermain bass?

Jamming session itu tamat hampir 8 malam. Kami balik hotel, solat, makan, dan kembali jamming second session; kerana, bukan mudah untuk mengumpulkan pemuzik-pemuzik begini, terutamanya pemain deram yang setakat ini diketahui cuma Ari dan Panjang yang handal. Aku masih diperlukan untuk bermain bass, dan aku masih tidak menggunakan pick colourful yang ada di dalam walletku; masih menggunakan Ari punya. Pick Of Destiny (pemetik gitar takdiran)? hahaa…

Pulang ke rumah, ku keluarkan Sakuraku… sebuah gitar akustik dengan badan dibuat dengan fiber, maka ia lebih tahan daripada kesan embun dan air yang bisa mengembangkan kayu. Seperti biasa, kumainkan lagu-lagu sambil melayan mp3, Guitar Pro 5, Buku Latihan yang tersalin kord-kord lagu, dan jarang sekali kumainkan dengan pick, bass pick ku. Dan masih saja ku cuba memahirkan lagu-lagu tema fighting game- Guilty Gear seperti Till Next Time, Simple Life dan Still In The Dark; Canon Rock, solo-solo Metallica dan Gun n Roses. Tak lupa juga lagu-lagu strumming yang agak popular ketika ini. Sekiranya aku diperlukan untuk bermain bass, ia tidak akan mengganggu minat dan hobiku untuk bermain gitar. Muzik lebih seronok dimainkan dengan band, dengan kombinasi beberapa alat muzik mencipta harmoni. Lagu yang kumainkan sendiri selalunya instrumental dan solo, yang asing sekali bagi kebanyakan orang hatta Ari sekalipon. Jadi, teruskan usahaku dengan hobi dan minatku pada muzik!

Enjoy the jamming session:
http://yowa82.multiply.com/video/item/14/KluangJam-_Lagu_Untukmu_Meet_Uncle_Hussein





     
No Comments so far



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)