RUGI (LOSS)
Wednesday January 10th 2007, 4:52 pm
Filed under: Religion
Comments Off

Salam

-beli Nokia N80 second hand pada harga RM1,590. Lepas 1 bulan, RM1,300 dah boleh dapat. Ruginyer.
-beli seterika kat TESCO RM17.50, pakai kejap jer, dah rosak. RUgi.
-guna cuti Annual Leave 2 hari sebab tension dgn kerja & kebetulan bos pon cuti pada hari tersebut. Rugi?
-dilema nk beli PDA O2 atau Nokia N80. Pilihan berat pada PDA O2. Caner kalau terbukti O2 tak seindah khabar. Rugilar.
-ada sorang awek, cun, comel, kiut, kaya, baik, peramah, tak sombong, pandai masak, respek org tua, jaga maruah, … tp entah kenapa tak terkeluar lak suara nak tegur atau berkenalan (aik, so, mane tau semua sifat2 murni tuh?). Rugi seh.
-orang suruh blaja betul2, tp rasa nak enjoy life semaksimum mungkin. In the end (tp belum mati), loser. Rugi? Nyesal tak dengar nasihat?
-pergi lowyat tgk ade MMC (memory card) untuk henset, 512MB RM55 jer. tp nk ushar2 tempat lain dulu. Skali tgk ade la tempat lain, 512MB gak, harga RM60 jer + salesgirl tu cun. Beli la plak. pastu member tanya, “apsal tak beli yang RM55 tadi jer?”. Rupanya dia tak ingat/perasan la plak. Salesgirl cun punya pasal. Rugi la skit. (mcm iklan Hotlink. “… ada tempoh masa berganda” “hah?! Kanda?!”  “…lebih masa berbual dengan tersayang”   ”mula panggil kanda, sekarang sayang”. hehhehe)
-member ajak jamming kat studio I&P Setiawangsa, tak nak. Kata nak lepak umah, membasuh, layan tv, praktis gitar kapok sensorang. Sedangkan member kat sana really have a good time jamming dengan gitar karan siap amp Marsyall, ada drum set, bass, keyboard,…. tamborine pon ada! Rugi ker?
-Lepas abis SPM yg boleh tahan cemerlang (tp tak cemerlang sangat la), masuk maktab ala2 last resort. Lps sebulan dapat lak panggilan masuk U dgn course idaman/impian. Tp xleh keluar sbb contract binded. Kang kena byr maktab ribu2 wooo. Rugi kah itu?
-Sbb malas dgn procedure tukar skolah, teruskan jela skolah agama yg xde aliran sains tu. Minat aliran sains actually, … life’s go on & dapat gak masuk U course account. Kalau dgn same effort di aliran sains, mungkin dh jadi saintis/doktor/engineer mane2 tah. Rugi ker?
-Myvi ke Kelisa ke Waja? Harga kurang lebih je. Tp orang kata beli r kete import. Impreza ker… hahaha. Tp harga tak mampu la pulak. So, rugi ke tak, beli kete local nih?
-Dapat ESOS (klu tak silap= Employee Share Option Scheme) i.e. beli share company pada harga yg murah berbanding open market. Sbb nak sambut raya, jual la saham tu pada harga RM4.75. Beli harga ESOS @ RM3.75. Pakcik Kayooo dah tu. lepas seminggu dua, harga up lagi sampai RM5.75. ESOS dah abis jual. Kalau tak, PAKCIK KAYORAYO. ler. Rugiks.
-Umur 34 baru kawin bg org koperat, biase r. Tp tetap ada rasa ralat/terkilan gak. Kalau tau betapa besnyer/bagusnyer kawin ni, umo 24 dah kawin. Kalau boleh, masa 14tahun tu nak kawin. Rugi miss masa tu?
-Beli mesin basuh guna kad kredit, kena lak charge 3% … kurang lebih RM12 ler. Walhal kalu gi cucuk duit kat ATM, xjauh pon. kalau pon dah lebih 4 kali cucuk duit dlm sebulan, baru kena charge 50sen. Rugi ler.
-Awek call ajak borak, nak manje2 la pulak. Tp si mamat ni plak naif, purak2 bateri nk abis la, tak dengar sebab bising la, hape la. Semata-mata nak jimat kedit & nk layan band live show bebudak kolej. Akibatnye, dh lost contact dgn minah tu. Rugis.
-Ade sorang kawan pempuan yang kamceng giler. Borak ape2 pon boleh. Hal2 sulit pon dia boleh jawab. Very nice person. Bukan tak cun. Dulu rebutan gak. Bila balik dari jalan2 dgn dia, or mane, mst dia kata “dah sampai nnt bgtau yer. Jalan baik2″. Gi picnic sama2, dia masak. Mandi waterfall. Mkn Kenny Roger’s … (eh, sape pny kisah nih?!). Sampai masa diorg pikir this KAWAn mungkin bermaksud lebih dari KAWAN. Si ppuan ni kata kalau benar, confess ler. Si mamat naif ni lak naif betul. Dia tak berani and withdrone else’s wife. Rugi ker mamat nih?

Well… there’s hell lot of RUGI dalam hidup seorang manusia, pada definisi sendiri. Tp sesungguhnya semua rugi2 yang boleh di quantify/dinilai mcm tersebut kat atas tu, tidak dapat tidak (la budda) sessungguhnya tiadalah RUGI melainkan ada hikmahnya.

… SuZuKu. to be continued.

p/s: you can comment or/and add your own RUGI/LOSSES that you think that no way that kind of RUGI ada hikmahnya. Maybe mmg ada. Not sure gak.