Filed under: Uncategorized
Salam.
hohoho, menarik gak baca posting http://melayubuntu.blogspot.com
Salam.
hohoho, menarik gak baca posting http://melayubuntu.blogspot.com
Salam.
2 minggu lepas rasanya, ketika aku terlihatnya di sebuah Kedai pakaian, si ramping-solid itu, entah berapa ukuran badannya, dan tidak kutanya namanya. Yang aku tahu, dia pasti mampu memenuhi kehendakku yang membuak-buak sejak meninggalkan rumah sewa lamaku. Aku terus membayangkan bila dia menemaniku ketika sunyi, ketika kesepian, ketika bosan, ketika tiada elektrik, ketika menanti rancangan Spongebob; sambil menatap ‘Buku Latihan’ peninggalan Kaku (Kakak kau, Awek Aku), sambil melayan software GP5, sambil mendengar mp3…
Tapi, bagaimana aku mahu mendapatkannya? Mahukah dia bersamaku yang cuma bermotor cabuk ini?! Bernasib baik, minggu lalu (13 April 2008) An datang dengan kereta Atoz miliknya. “Hohoho, mungkin begini aku boleh…”, ligat fikiranku. Selepas kami makan tengahari, aku mengajak An pergi ke kedai pakaian tersebut. Harap si ramping-solid itu masih ada. Ya, masih ada! Hati terus berbunga, tapi penilaian ku mulai tergugat. Di sisinya ada… bukan… bukan teman lelakinya. Di sisinya ada yang lebih cantik pada pandanganku. owh… yang mana patut ku pilih. Mungkin kerampingan mereka nampak sama, tapi saudaranya lebih slim. Dikenakan dengan warna merah… sungguh menarik. “mungkin begini bisa aja membuat Amirul cemburu…”, pikirku.
Nekad, aku pilih si ramping-solid yang lebih solid; dengan kemasan berwarna merah. RM139. kerna tidak cukup wang, RM50 kupinjam daripada An.
19 April 2008; Panas betul petang sabtu ni. baguslah,aku tengah membasuh ni. Tadi lepas makan, pergi kedai untuk membeli beg, untuk si ramping, body solid molid- Sakura. Tapi malangnya, beg yang ada dikedai itu, tidak sesuai untuk Sakura. Dia terlalu tinggi untuk beg itu. Hm, bukan rezeki dia lah. nampaknya terpaksalah dia terus tidur dalam almariku. Hehehe.
——————-
“Pick Of Destiny”… ialah sebuah tajuk filem lama yang dilakonkan oleh Jack Black. 1 lagi filem mengenai muzik, yang kita tahu beliau terkenal dengan filem “School Of Rock” yang penuh inspirasi itu. Berbeza dengan “School
Of
Rock
“, “Pick Of Destiny” lebih kepada fiksyen muzikal, mengenai seorang mamat yang sangat meminati muzik rock dan berbakat mencipta lirik. Suatu hari merantau, menemui Kyle Gass yang sangat hebat bermain gitar. Sampai ke pengetahuan mereka, terdapat 1 pemetik gitar (pick) yang digelar “Pick of Destiny” yang mampu memukau pendengarnya dengan lagu yang dimainkannya.
Kluang, 17 April 2008, Khamis. Setelah pulang dari kerja, lebih kurang 1835 petang, kami jamming di sebelah Hotel Prime City, di sini. bagiku ini pengalaman pertamaku, setelah bermain gitar sejak… lebih serius ketika tingkatan 3; tahun 1997. aku diberi tugas bermain bass yang tak pernah kumainkan. tapi kerna kordnya sama sebagaimana gitar memainkan power chord, maka bisa aja. Ari bermain gitar dengan gitar Ibanez yang dibawanya sendiri, Panjang bermain deram, serta 3 penyanyi/latar iaitu Lee, Su dan Fzan. Kerana tali gitar bass yang besar, aku perlukan pemetik (pick), walau aku lebih selesa bermain dengan jari/kuku sahaja. Aku meminta pick daripada Ari, yang ku tahu ada di selit dibelakang gitar Ibaneznya itu. Entah dari mana diambil, dia menghulurkan pick besar, 3 segi berwarna merah “pick bass”, katanya. Owh… ini rupanya pick bass.
Di kampungku, ada 2 buah gitar, Fair Lady dan 1 lagi entah apa brandnya, yang pasti bukan Kapok atau Sakura. Tidak pernah ada pick tertentu, tetapi pick kegemaranku adalah batang colek coklat yang didapati apabila membeli makanan ringan. Sebab itulah aku biasa dan selesa menggunakan jari/kuku sahaja.Ada
1 pick gitar berwarna ungu, yang akhirnya telah patah. tapi ada 1 pick besar, 3 segi, berwarna warni dan agak baik kualitinya, kerna sampai sekarang masih elok. Aku selalu membawanya dalam walletku. Kini baru ku tahu, ia adalah pick untuk gitar bass. Adakah aku ditakdirkan untuk bermain bass?
Jamming session itu tamat hampir 8 malam. Kami balik hotel, solat, makan, dan kembali jamming second session; kerana, bukan mudah untuk mengumpulkan pemuzik-pemuzik begini, terutamanya pemain deram yang setakat ini diketahui cuma Ari dan Panjang yang handal. Aku masih diperlukan untuk bermain bass, dan aku masih tidak menggunakan pick colourful yang ada di dalam walletku; masih menggunakan Ari punya. Pick Of Destiny (pemetik gitar takdiran)? hahaa…
Pulang ke rumah, ku keluarkan Sakuraku… sebuah gitar akustik dengan badan dibuat dengan fiber, maka ia lebih tahan daripada kesan embun dan air yang bisa mengembangkan kayu. Seperti biasa, kumainkan lagu-lagu sambil melayan mp3, Guitar Pro 5, Buku Latihan yang tersalin kord-kord lagu, dan jarang sekali kumainkan dengan pick, bass pick ku. Dan masih saja ku cuba memahirkan lagu-lagu tema fighting game- Guilty Gear seperti Till Next Time, Simple Life dan Still In The Dark; Canon Rock, solo-solo Metallica dan Gun n Roses. Tak lupa juga lagu-lagu strumming yang agak popular ketika ini. Sekiranya aku diperlukan untuk bermain bass, ia tidak akan mengganggu minat dan hobiku untuk bermain gitar. Muzik lebih seronok dimainkan dengan band, dengan kombinasi beberapa alat muzik mencipta harmoni. Lagu yang kumainkan sendiri selalunya instrumental dan solo, yang asing sekali bagi kebanyakan orang hatta Ari sekalipon. Jadi, teruskan usahaku dengan hobi dan minatku pada muzik!
Enjoy the jamming session:
http://yowa82.multiply.com/video/item/14/KluangJam-_Lagu_Untukmu_Meet_Uncle_Hussein
Procrastination, running circles in my head
While you sit there contemplating, you’ll wind up left for dead (left for dead)
Life is what happens, While you’re busy making your excuses
Another day, another casualty
But that won’t happen to me.
Who-oahh; No we’re not gonna waste another moment in this town
We wont come back, the world its calling out
Leave the past in the past gonna find the future
And "misery loves company", Well so long
You’ll miss me when I’m gone
…part of Simple Plan’s wording in their song- When I’m Gone.
dalam lirik Metallica (My Friend of Misery) pon ada ".. you take it all on yourself, remember-Misery loves company".
aku penah pikir maksudnya ialah misery (perasaan kecewa/sedih) selalu mencari mangsa. tapi itu silap. sebebarnya ia bermaksud; ketika bersedih, lebih baik berteman. tp dalam lirik Simple Plan itu, seolahnya "walaupun bila bersedih baiklah berteman, tapi, selamat tinggal. kau akan merinduiku bila ku tiada". hehehe.
keseluruhan lirik tersebut menceritakan bagaimana walau kecewa, teruskan hidup menuju kehadapan, tinggal yg lepas. lirik yg unik menghuraikan birokrasi dunia yg bila diterjemah…
Penangguhan, berputar-difikiranku
Ketika kau duduk di situ menilainya, kau akhirnya tinggal untuk mati (tinggal untuk mati)
Kehidupan,apa yg terjadi, ketika kau sibuk membuat alasan
Sehari lagi, kemalangan lagi
Tapi itu takkan terjadi padaku.
Salam.
Apa maksud nama ABDUL GHANI? ABDUL RAZAK? (sekadar contoh) etc. dari
segi bahasa, abd bermaksud hamba; ghani=kaya; razak=rezeki. So, abdul
ghani = hamba (Allah) yang kaya?
hinggalah semalam, aku rasa maksud itu tidak begitu tepat (begitu juga pada nama-nama abdul yang lain).
Ini cuma kesilapan fahaman pada diriku, dan mungkin juga pada
kebanyakan orang. Hasil bacaan ku (http://hafizfirdaus.com/ tentang
anak nabi Adam) ada hujah menyebut selpas nama ABDUL tidak harus
diletak selain nama ALLAH, iaitu selain 99 nama Allah. maka ini
menghasilkan maksud yg lebih tepat dalam nama- abdul ghani kini
bermaksud= hamba kepada Yang Maha Kaya (Allah). begitu juga nama-nama
lain, seperti:
Abd Razak=hamba kepada Yang Maha Memberi Rezeki
Abd Malik=hamba kepada Yang Maha Memiliki
Abd Rahman=hamba kepada Yang Maha Pemurah
Abd Rahim=hamba kepada Yang Maha Mengasihani
Abd Latif=hamba kepada Yang Maha Lemah Lembut
Abd Hamid=hamba kepada Yang Maha Terpuji,
etc.
So, itulah dia.
(for more names http://id.wikipedia.org/wiki/Asmaaul_husna)
Tertekan
menolak ku ke bawah, menekanmu ke bawah, tak siapa minta.
Tertekan
yang membakar bangunan itu, memisah keluarga kepada dua, membiar orang dijalanan.
Tak apalah.
Hebatnya kalau mengetahui apahal dengan dunia ini,
melihat beberapa kawan baik menjerit “lepaskan aku!”
Esok berdoalah, bawaku lebih tinggi, tekanan pada orang di jalanan.
Serpihan kecil menyepak otakku di lantai,
Inilah hari yang tiada hujan cuma renyai.
Orang di jalan…
Berpaling, dari semua itu, bagaikan si buta,
duduk di atas pagar, tapi tak berhasil.
Terus hadir dengan cinta tapi ia menghiris dan melukakan,
Kenapa???? kenapa???
CINTA.
Kegilaan mentertawakan kita, tertekan kita hampir gila
tak bolehkah kita berikan diri satu lagi peluang?
mengapa tak bisa kita memberi CINTA, 1 lagi peluang itu?
kerna cinta adalah ayat lama
dan CINTA mencabarmu untuk mengasihi
orang yang dihujung malam
dan CINTA mencabarmu mengubah cara kita
mengasihi diri sendiri.
Inilah tarian kita yang terakhir…
Under Pressure by QUEEN
Pressure pushing down on me
Pressing down on you no man ask for
Under pressure - that burns a building
down
Splits a family in two
Puts people on streets
It’s the terror of knowing
What this world is about
Watching some good friends
Screaming let me out
Pray tomorrow - gets me higher
Pressure on people - people on streets
It’s the terror of knowing
What this world is about
Watching some good friends
Screaming let me out
Pray tomorrow - gets me higher
Pressure on people - people on streets
Turned away from it all like a blind man
Sat on a fence but it don’t work
Keep coming up with love but it’s so slashed
and torn
Why - why - why
Love
Insanity laughs under pressure we’re
cracking
Can’t we give ourselves one more chance
Why can’t we give love that one more
chance
Why can’t we give love
Cause love’s such an old fashioned word
and love dares you to care for
The people on the edge of the night
And love dares you to change our way of
Caring about ourselves
This is our last dance
This is our last dance
This is ourselves
Under pressure
Under pressure
Pressure
Ting noneng~ ting noneng~ sana pula, Chow
… aku membuka mata, mencari arah bunyi yang amat kukenali itu. Mana
taknya, setiap hari, pada 6.31 pagi, telefon bimbit N80 ku aka
memanggilku bangun. “Owh, di atas meja sana, masih charging? Harap tak merosakkan baterinya. Charge sejak malam tadi…”, bisik hatiku. Setelah mematikan N80 tersebut, aku menoleh kembali tempat tidurku; kelihatan disebelah tempat tidurku, An masih nyenyak disebalik selimut. Di katil single
dengan bunyi-bunyian yang tidak lagi menggangguku; kerana semalamnya
aku dah kena- mindaku telah merakam bunyi-bunyi tersebut dan memasukkan
dalam senarai abaian (ignore list). “Hm, kasihan Chow. Kerana di harass An
yang asyik mau menyentuhnya, dia tidur dengan pakaian lengkap, seluar
jeans; tidak seperti petang semalam- Cuma berseluar pendek berwarna
putih. hehehe”.
Hari ini Khamis, 7 Februari 2008, kami bermula di Fairmont Hotel,
Kg. Pasir Putih,
Ipoh , Perak. Rutin, aku ke tandas- rutin. Ku jengah cermin, melihat dan menyentuh bahagian tulang pipi kiriku, “masih sakit… nasib tiada lebam”, bisikku. Kenang kembali tragedy semalam…. Tragedi Tambun.
Rabu, cuba merasa airnya. Aku melangkah, kaki mula tenggelam dalam air,
6 Februari 2008. Kami bertiga melangkah masuk ke The Lost World of
Tambun, menyewa locker, dan menukar pakaian mandi- tshirt dengan seluar
singkat. Lokasi pertama- kawasan air yang paling asas. Dengan bentuk
dan suasana seperti pantai. Bezanya, tiada ombak besar, dan mungkin
tidak masin. Aku tak pula
membasahkan muka dan kepala di bawah pancuran air berbentuk cendawan
gergasi. Aku terus melangkah menuruti An dan Chow.
Tapi seperti dijangka, aku tak mampu meneruskan perjalanan- kerana aku
tak tahu berenang! Aku Cuma bermain sekitar 3 kaki, berhampiran
kanak-kanak lain. Mungkin kasihan melihat tingkahku, An dan Chow kembali meranduk air ke arahku “Jom main lain. Kalau setakat mandi di sini, no meaning lah”, kata An
bercampur dengan bahasa Inggeris. Kira baiklah tu. Kalau tidak, mungkin
ada keluar perkataan-perkataan Jerman di gunakan. Maklumlah, orang
bekerja dengan orang Jerman. Sudah puas aku mendengar “Guten tag”. Hehehe.
Kami keluar dari air, menuju ke arah gelongsor air, merentasi band muzik dan beberapa anak tangga. Tiba di puncak, An segera bertanya pada operator di situ.
Ada 4 lorong tiub yang mungkin berbeza tahap kengerian perjalanannya. “Jom turun balik, ambik pelampung kuning. Free jer”, kata An. Bernasib baik, seorang budak yang hendak naik, menyerahkan pelampung kuningnya kepada kami. Okay, dah ada 1. Aku dan An turun mengambil pelampung lagi- 2. Chow tidak turun, dan kami paham. Antara
kami, beliau paling berat, dengan lebih 100kg. Tentu agak letih menaiki
anak tangga ini. Tiba di puncak, tiub yang kedua dari kiri dari 4 tiub
dipilih. 2 orang pertama. An yang mula, dan operator itu memilih aku untuk serta dengan An.
Tentulah, untuk permainan gelongsor ini, berat 2 orang atas pelampung
tidak boleh melebihi 200kg. Yang berat duduk di belakang, aku di
hadapan. Mula! “wooooohooooooo wuuuuuuuuuuu…. Ulp. …………… woo”. Suara An
terhenti sebentar akibat tersimbah air ke mukanya. Yup. Memang seronok.
Agaknya beginilah perasaan menaiki roller coaster- yang tidak pernah ku
jejaki. Bergerak dengan laju, berputar hampir pada syiling tiub dengan
momentum kelajuan. Speed Excitement! End! Wow, aku dan An masih bersemangat mendaki lagi anak-anak tangga untuk pusingan lain. Tiba, giliran Chow. Tentulah aku akan menemaninya- mengenangkan syarat had limit 200kg itu. Hehe.
Ketika sebelum berlepas, An masih bergurau “Mengucap Chow. Laju giler”, operator Cuma tersenyum. Kini baru kusedari maksud senyuman itu. Dia tak mungkin tak anggap yang An cakap adalah gurauan. Ia sesuatu yang wajar- mengucap. Off we go! “Woooooohoooo wuuuuuu……” waaah. Seronok betul Chow. India di sini menghubungi walkie-talkie mungkin melaporkan kami telah tiba di bawah. Jadi, saluran atas sedia digunakan orang lain. Chow membawa pelampung ke darat. Rasanya kami berpura-pura seronok. Chow
Tiba-tiba… pelampung hilang keseimbangan dan terbalik. Kami terhenti.
Owh… aku berusaha naik pelampung kembali, tapi menyedari, lubang keluar
tidak jauh lagi. Aku memberi isyarat Chow keluar dahulu. Kami bergelongsor tanpa pelampung. Dush, masuk ke air. Kelihatan operator
mengaku, cemburu aku seronok sendiri dihadapan, beliau mengangkat
tangan, melepaskan pegangan pelampung; yang mungkin menjadi punca utama
pelampung kami terbalik. Hahaha… “okay, ko lak naik dengan An. Aku tunggu bawah ni. Aku dah 2 kali. Ko naik dgn An, semua 2 kali main”,
alasanku.w mula mendaki anak tangga. Aku merendam kak dalam kolam
pendaratan pelampung, membasahkan wajahku. Terasa panas. Aaah, sakit
tlang pipiku. Agaknya terkena sepakan Chow ketika
pelampung terbalik tadi. Nasib baik terbalik ketika hamper tamat tiub.
Tentu bahaya kalau terbalik lebih awal atau di tengah tiub. Sepanjang
tiub itu kusedari ada seperti tampalan di lantai-lantai tiub. Tentu
bahaya kalau mana-mana anggota badan tersangkut di situ.
Tidak lama, An dan Chow kelihatan menuruni anak tangga ke arahku. “kenapa tak guna pelampung, sini?”,
aku bertanya. Aku tak ingat jawapan mereka. Kemudian kami berjalan ke
tempat lain. Hm, rasanya tragedi tersebut bukan saja mengerikan aku,
malah meninggalkan trauma pada Chow, walau dia tiada
sebarang komen. Dia tidak memberitahu samaada dia tercedera atau
apa-apa, tapi ternyata dia tidak lagi berani permainan itu.
Setelah
bermain kapal buaian yang juga agak menakutkan (dan membunuh keberanian
untuk bermain buaian pusing yang tampak lebih berbahaya), kami berjalan
mengelilingi tempat itu, sampailah di gelongsor yang lurus sahaja, tada
bengkang bengkok seperti di tempat tragedi. An mungkin masih belum menyedari trauma Chow,
masih memujuknya bermain permainan itu. Sampai di situ, dating pula 2
gadis dengan pelampungnya. Mereka bersedia untuk gelongsor. “erm… ada apa-apa wasiat? Nombor telefon ke?…” kata Chow perlahan pada 2 gadis tersebut. Haha… ketika mula tiba di Lost World of Tambun ini, An mencabar Chow “kalau kau dapat 1 nombor telefon awek, aku belanja ko makan”. Bukan apa, kebelakangan ni, Chow kelihatan seperti sudah kecewa dan putus asa pada jiwa wanita yang semulajadinya sukar difahami. Ketika diploma dahulu, Chow adalah idolaku kerana dia begitu berani meluahkan rasa hatinya pada ‘hati manisnya’ dengan ayat yang tak dapat dilupakan “ko taknak aku… nanti suatu hari nanti kita jumpa, masa tu aku dah kawin. …. Sanggup bermadu?” hehehe. Okay, sampai hujung, pelampung 2 gadis itu terbalik, lantas semakin membunuh semangat Chow. Kami beredar.
Habis. Selepas mandi, solat. Kembali ke katil, berselimut semula, bermain sms, menonton tv, menanti rancangan An seterusnya.
Suasana tenang, bagai suasana waktu siang di filem I Am Legend. Aku menuju ke arah tandas, entah mengapa aku pun tak tahu. Tiba di situ, seorang lelaki keluar dari tandas dengan tergesa-gesa. Aku secara naluri menjenguk, apakah punca menyebabkan lelaki tersebut sedemikian. Dari refleksi cermin tandas tersebut, ku terlihat suatu lembaga seperti seorang wanita; tak ubahnya seperti Ju-On. Aku ketakutan, cuba beredar. Kakiku terasa begitu berat. Aku bersusah payah untuk beredar. Tiba-tiba terasa tubuhku terapung-kurasakan tubuhku telah dikawal makhluk tersebut. Cuba ku melangkah, tapi begitu bersusah payah, bagai terkena penyakit parkinson barangkali. Tanganku terangkat cuba menggapai sesuatu. Perasaan tidak berdaya begitu… sukar digambarkan. Kutabahkan hati, makluk itu tidak mungkin bisa mengawal tubuhku, manusia yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian-sebagai khalifah di muka bumi. Dari dalam hati, kusampaikan ke lisanku, membaca ayat al-Quran. Bismillahirrahmanirrahiiim. Alhamdulillahirrahmanirrahiiim.
Tiba-tiba aku tersedar, aku bermimpi. Aku yang bisa separa sedar antara mimpi dan nyata (setelah beberapa lama aku bisa mengawal situasi ini, tidak terus terkejut. dengan cara ini, selain mimpi tidak terus dilupa, mengantuk juga tidak hilang. kalau bernasib baik dengan mimpi yang baik, mungkin boleh menyambung adegan mimpi tersebut), meneruskan bacaan surah tersebut hingga akhir. Subhanallah. Agaknya inilah yang dimaksudkan, mimpi buruk mainan syaitan. Seketika aku berfikir, begitukah perasaannya apabila seseorang dirasuk? Teringat jiranku yang pernah dikatakan dirasuk makhluk halus. Aku sendiri pernah melihat beliau yang meracau tak tentu hala. Ibu bapa dikutuk, dihina tanpa belas. membawa cerita yang begitu mengarut sehingga mengaitkan Tun Mahatir. Apakah kehendak si pelaku onar tersebut.
Dalam banyak kes yang kita dengar, kisah makhluk halus selalu dikaitkan dengan "tuannya" yang berdendam pada seseorang. Jiranku yang lain juga ada yang telah meninggal dunia akibat penyakit busung. Dengar-dengar, doktor gagal mengesan penyakitnya. memang itulah jawapan biasa para doktor yang sememangnya sedar kewujudan penyakit-penyakit ganjil. Kalau tak silap "keajaiban" memang termaktub dalam buku teks doktor-doktor diseluruh dunia.
Seorang lagi yang ku kenal, hingga sekarang ada waktunya, mendapatkan rawatan paranormal mengubat santau yang dihidapinya. Beliau pernah juga di rasuk. Anak dan suami di abaikan, meracau tak tentu hala. Setelah dibawa berubat, diserang pula santau. Kemudian santau lagi sekali. Begitulah ujian tuhan. Aku juga pernah melihat cara rawatan paranormal, yang kelihatan begitu mirip/serupa sebagaimana dilihat dalam Seekers yang disiarkan di NTV7. Seorang pesakit yang pernah terjatuh dari tempat tinggi, sudah beberapa ketika masih tidak berdaya berjalan; di bawa berubat. Paranormal tersebut mampu mengungkai kembali tempat terjatuh, dan dari mana makhluk halus menyerang pada jiwa yang lemah. Beliau memulakan ritual, mengalihkan makhluk yang mendiami pesakit kedalam isterinya. Seterusnya kami dapat mendengar perbualan suami isteri(perantara) tersebut- perbualan manusia dengan makhluk halus. Hingga paranormal tersebut mengugut makhluk terbut, untuk membawa bala tentera yang dipimpin Radennya, sekiranya tidak mahu meninggalkan tubuh pesakit. Akhirnya makhluk tersebut mengalah meninggalkan pesakit. Menurut paranormal itu, makhluk halus ini bangsa jin. Dalam satu manusia, boleh ada beratus yang mendiami tubuh. Setiap mereka mempunyai lengan sebesar tin biskut. Wallahualam. Hingga kini pesakit tersebut semakin baik berbanding sebelum berubat.
Apakah kita masih belum mahu mempercayai hal-hal sihir dan ghaib begini? Nabi sendiri pernah terkena sihir. Ada seorang lagi yang ku kenal, pandai mencari barang. Mangsa A kehilangan motor RXZ diperkarangan masjid, manakala mangsa B kehilangan Yamaha Lagenda. Dengan segera menelefon ke kampung, memberi maklumat barang yang hilang, diwakilkan pengeras mungkin; insyaAllah. Kedua-dua kenderaan itu akhirnya telah ditemui. Tentulah, di balai polis, telah ditanggal-tanggalkan bahagiannya. Mungkinkah kebetulan. Sebuah kereta Iswara juga pernal hilang dan dilaporkan pada paranormal yang ku kenali ini. Hingga kini tidak ditemui.
Akhirnya, paranormal itu memang ada. Penyakit kayap juga dikatakan lebih baik berubat dengan paranormal. Orang kampungku juga ada yang pandai mengubat sakit gigi. Dikatakan orang yang dibawa berubat, samaada gigi berlubang atau lainnya, beliau akan membaca sesuatu, kemudian memaku (paku) ke atas kayu. InsyaAllah sakitnya hilang. Aku cuma mendengar orang bercerita. Dari yang bertujuan baik, juga ada bertujuan jahat. Pernah juga berlaku dikampungku, aksi rompakan tenang dipercayai menggunakan sihir/pukau. Modus operandi dikatakan waktu orang nyenyak tidur, pencuri entah bagaimana boleh membuka pintu dan merompak tanpa disedari. Mereka merompak beberapa rumah dalam sebaris dalam satu malam.
Jadi, dindinglah diri kita dengan al-Quran yang diyakini warisan Rasulullah yang mampu melawan kejahatan.
Salam.
Masa kt Induction Course aritu, ade 1 exam english, kena buat karangan 150 patah kata bertajuk … lebih kurang "berikan 2 ciri seseorg yg dikatakan EDUCATED." very subjective eh. Vijay (ex-GHA) kata it can be anything, such as cara berpakaian, fesyen, kenderaan diguna, cara berjalan, apa yg di bawa… aku lak buat cara pemikiran, pendapat, ilmu,… hehehe. recently aku dpt tau aku lulus exam tue. sorg member opis nih xlepas la plak. ehehehe.
Klu xsilap, lepas antar kertas2 karangan tu, Adrian (West) kata "nape ssh sangat tajuk tu. bg la ’saya sebatang pen ke… saya sepasang kasut ke..’". hohoho. so, kat sini aku jumpa something yg boleh dikata "saya sebuah PEMADAM API". hehehe.tp pg2 moning ni, xde idea nk cerita pasal pemadam api nih.
ok, till then, jya. okiyo tsukete.
salam.
what do you think of this world?what about warfare?how about global warming?how about corruption?how about your saving, create illegal income?…too heavy?How about your life?enjoy?
Human..normal human would not satisfy with what they have.Should we satisfy,or its really not satisfying life?
Hm.one day Bung came to my teratak,sat on the floor,take a breath,look at me,took a pause and said "baguh hidup mu nih." with his Qlate slang."mu la.g kije,balik,lepak main game.xde tekanè pong.rilek je". Then i’m thinking..Really?yeah.looking back what i’ve done,what i have,what i’ve..many thing,i managed to avoid most of problems by not initiate any of it.no bounded commitment except for ptptn(solved with deduction by LHDN.No service charge maa).Good paymaster of credit cards(of course.spending limited with liquidity of cash in my bank only!).Not dare of several things..i’m going nowhere, to avoid traffic jamm and lost in middle of KL.I always think "there’s always something better to do".
Bung…Mat Bug or his real name..can’t recall,has a degree in accounting but currently his scope of job relating to ICT.I think he so lucky.Learning something while you working can be difficult sometimes.He got the opportunity.Seize it.i wish to be able to penetrate Petronas,work there and able to learn using SAP.Fuh.its a long road.
In fact,i also diverted from my core..not exactly.Accounting degree become an internal auditor.i used to think internal auditor must be very experienced,long service person on certain areas..but there,we can be best fit if we’re young,energetic,bachelor,open minded,& like learning novelty.of course.family guy wouldn’t like to leave his family (wife especially) for outstation.but life’s like that.
In conclusion..what kind of life you have,face it with arm wide open(just term).its all just another test from God and God knows you can handle it.No suicide.
Qa la ta’ala fi kitabiHil aziz: la yukallifuLLO hunafsan illa wus ‘aha… [Allah tdk mmbebankan manusia melainkan apa y ia mampu...]
Salam.
Jwpn bg soalan dia atas, ade pada ayat Kursi yg berbunyi "…..ya’ lamuma baina aidihim wama kholfahum, wala yukhi thu nabisyai im min i’lmiHi illa bima syaaaak…"
maksud "……..Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya)…."
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu
demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali
kepadanya.